Tuesday, May 6, 2008

Tip Kembalikan Mood bekerja

Bosan, malas,benci, tak ada semangat dan pelbagai ucapan lain adalah antara rungutan biasa yang sering diucapkan apabila seseorang berasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukannya. Bagaimanapun , perasaan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana setiap orang pernah merasainya.
Menurut seorang ahli sumber manusia dari institut Darma Maahardika, Jakarta, Indonesia, Jansen Sinamo, rasa tidak bersemangat atau hilang mood untuk bekerja adalah lumrah. Bagaimanapun, masalah tersebut harus segera ditangani agar tidak terus terbawa-bawa sehingga boleh menjejaskan pretasi atau mutu kerja seseorang.
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang individu itu kehilangan semangat atau mood untuk bekerja. Selain faktor dalaman iaitu sikap individu itu sendiri, masalah kehilangan mood bekerja juga terjadi disebabkan faktor di tempat kerja.
Oleh itu, bagi mengelakkan masalah ini menjadi semakin meruncing, berikut diberikan beberapa tip berguna bagi menanganinya. Diharap tip yang diberikan ini mampu membantu anda menjadi seorang pekerja yang bukan sahaja berdedikasi tetapi juga cemerlang berwibawa.
1 Kema dan ubah suai meja kerja
2 Motivasi diri
3 Cintai pekerjaan anda.
4 berfikiran positif
5 Tetapkan prioriti dalam kerja
6 Pupuk sikap konsisten terhadap tugas.
7 Anggap kerja adalah amanah
8 Kerja itu ibadah
9 Selesaikan dengan cara bersemuka.

nantikan sambungan nya nanti.......

1 comment:

Nandre The Legend said...

ermmmmm..
ya betul, mana-mana pon kita pi kerja, kenalah tanamkan sifat suka dan cinta terhadap kerja yang kita buat..

kalau kita takda rasa suka, buat keja apa pon tak suka lah..

satu lagi, bila kita keluaq pi kerja, jangan lupa niat untuk pi kerja...itu penting.